Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009

Ternakan Kambing Boer Mampu Jana Pendapatan

RASHID Elias melihat sebahagian daripada kambing boer yang diternaknya di projek ternakan kambing miliknya di Kampung Tengah, Sunagi Terap, Muar baru-baru ini. Selain mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu, Rashid Elias, 38, turut mengusahakan ternakan kambing boer yang pada asalnya bermula dengan sejumlah 24 ekor tetapi kini meningkat kepada lebih 50 ekor. Menurutnya, kambing boer yang berasal dari Australia itu diternak bagi mendapatkan baka serta dagingnya dijual kepada penternak-penternak tempatan di daerah ini. Bagi memastikan projek ternakan itu membuahkan hasil yang lumayan, Rashid sanggup membina sebuah bangsal khas dengan modal sebanyak RM50,000, bersebelahan rumah projek tanaman cendawan tiram beliau. “Saya tidak senang duduk apabila hanya menjalankan satu kerja dan mendapati ternakan kambing boer juga memberikan peluang pendapatan yang secara tidak langsung mampu menjana ekonomi diri dan syarikat ,” katanya . Kelebihan menternak kambing boer ialah permintaan terhadap da

Kambing Boer Pengganti Tongkat Ali?

Lelaki yang mengharapkan Tongkat Ali bagi memberikan `tenaga tambahan' kini boleh mencuba daging kambing Boer yang diternak di beberapa tempat di negara ini bagi mendapatkan tenaga yang sama. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, berkata keupayaan kambing jantan Boer mengawan dengan kira-kira 50 ekor kambing betina pada musim mengawan (kira-kira dua bulan) seharusnya menyebabkan dagingnya mampu menawarkan `khasiat' kepada mereka yang memakannya. Tambahan pula katanya, akar Tongkat Ali semakin pupus berikutan permintaan yang meningkat, sedangkan kambing Boer boleh membiak. "Saya tak faham kenapa ada di antara kita yang kata tak boleh makan kambing kerana takut pening kepala. Tapi, bila berada di Makkah, kita boleh hentam (makan) kambing setiap sehari selama sebulan." - Datuk Azhar Ibrahim "Ada juga orang kita yang sanggup beli biawak pasir (dhab) dari negara Arab, semata-mata bagi menambahkan tenaga. Saya fikir