Skip to main content

Sistem Fodder Ternakan



Sering kali kita melihat haiwan ternakan seperti lembu dan kambing berkeliaran meragut rumput di tepi jalan sehingga mengancam keselamatan pemandu kenderaan.Ada pemandu membunyikan hon bagi memberi amaran kepada haiwan berkenaan kerana bimbang ternakan itu akan melintas jalan.
Masalah itu turut merungsingkan pemilik ternakan kerana bimbang haiwan mereka dicuri.

Bagaimanapun, masalah itu dapat diatasi dengan menggunakan sistem Fodder (rumah hijau) bagi menghasilkan rumput ternakan, sekali gus dapat menjimatkan kos makanan, pekerja dan ruang.
Bagi pengusaha yang menternak pada skala komersial, sudah pasti pembelian makanan lengkap membebankan mereka berbanding penggunaan makanan segar.

Pengurus Myternak Trading Dr Fakar Fariz Abd Wahab, 34, berkata, teknologi itu menggunakan kaedah hidroponik sederhana untuk menghasilkan rumput makanan ternakan. Beliau berkata, kaedah ini sangat menjimatkan dan mudah dilakukan sendiri penternak yang mengusahakan ladang lembu, kambing, arnab atau ayam secara komersial.

“Antara bijirin rumput ternakan yang digunakan ialah benih biji jagung, barli, padi, bunga matahari dan pelbagai bijian jenis kekacang.

“Proses penyediaan benih berkenaan melalui peringkat pemilihan benih, cucian benih, rendam selama 12 jam, semai, siram dan tuai. Ia mengambil masa lapan hari untuk rumput panjang sehingga 30 sentimeter.

“Kos membina Fodder tidak terlalu mahal dalam anggaran RM600 bagi saiz 2x2 meter yang boleh memuatkan lapan bekas semaian pada satu masa,” katanya yang ditemui di pejabatnya di Kedai IKS, Kampung Jenderam Hulu, Dengkil, Selangor, baru-baru ini.

Dr Fakar Fariz yang turut mengendalikan kursus ternakan berkata, pembinaan rumah Fodder hanya menggunakan kayu, jaring, rak, bekas semaian benih, semburan air secara manual atau menggunakan pam automatik.

“Saya biasa menggunakan benih jagung kerana ia murah dan mudah didapati selain menghasilkan rumput yang kehijauan hanya dalam tempoh lapan hari dan ia mampu menyediakan rumput kira-kira 60 kilogram (kg) sehari dan cukup untuk makanan 30 ekor kambing,” katanya.

Katanya, kebaikan rumah Fodder untuk menghasilkan rumput ternakan ialah penyediaan makanan tanpa mengira musim, mudah diaplikasi, tidak memerlukan kawasan luas dan kecekapan kos pemakanan. Selain itu, kecekapan penggunaan tenaga kerja, meningkatkan produksi ternakan dan mengurangkan kos ubatan serta makanan tambahan.

“Rumput ternakan ini juga berkualiti, bersih, segar, kaya dengan vitamin, mineral, enzim, disukai ternakan dan mencegah masalah pencernaan,” - Dr. Fakar Fariz

Beliau berkata, dengan menggunakan sistem Fodder, kos yang diperlukan untuk sekilogram rumput sekitar 25 sen berbanding RM1.20 hingga RM1.50 bagi pemberian makanan secara tradisional.

“Cara tradisional memerlukan penternak memberikan ternakan mereka dedak dan rumput yang tahap khasiatnya boleh diragui sedangkan rumput yang dihasilkan daripada sistem Fodder terbukti berkhasiat.

“Kaedah ini bebas racun serangga dan kimia selain tiada pencemaran, parasit, kuman dan cacing. Penternak dijangka dapat menjimatkan kos harian dengan jaminan makanan berkualiti dan berkhasiat untuk ternakan mereka,” katanya.

Dr Fakar Fariz berkata, setakat ini, beliau sudah memberi latihan kepada 30 pengusaha ternakan di seluruh negara dengan menggunakan kaedah berkenaan dan ia mendapat maklum balas baik daripada penternak yang menggunakan kaedah ini kerana dapat menjimatkan kos operasi dan masalah kekurangan pekerja,


Myternak Trading turut menawarkan seminar mengenai ternakan dan menjual vitamin ternakan kepada orang ramai. Mereka yang berminat boleh menghubungi Dr Fakar Fariz melalui e-mel fakar@ternak.my.





[Sumber Berita : Harian Metro ]


Comments

Popular posts from this blog

Penggunaan EM Satu Pilihan Untuk Ternakan

Assalamualaikum, sudah jarang post berkaitan ternakan semenjang dua menjak ni disebabkan sibuk dengan tugas lain. Ok, sekerang kita cerita tentang EM yang mana ini penting bagi sesiapa terutama penternak baru yang membina kandang berhampiran dengan rumah. Banyak lagi kegunaan dalam dunia penternakan. Sebelum kita cerita kelebihan EM, elok kita tahu definisi EM. APA ITU EM EM ini adalah singkatan bagi Efektif Microorganisma. EM terbentuk daripada kombinasi mikroorganisma yang berguna yang mana banyak terdapat dalam alam semulajadi. Kombinasi ini mambantu meningkatkan daya ketahanan semulajadi pada tanah, tanaman atau tumbuhan, manusia dan ternakan atau haiwan. Justeru itu, penggunaan EM ini dapatlah dikatakan membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah dan seterusnya membantu pertumbuhan dan kualiti tanaman. Sebenarnya penggunaan EM ini telah digunakan meluas di negara-negara asing khususnya di Jepun, Europe dan Amerika sejak penemuannya oleh Prof. Teruo Higa dari

6 Panduan Penting Penanaman Napier Secara Perdu

Assalamualaikum, topik hari ini adalah berkaitan rumput napier. Pelbagai-bagai jenis napier yang kita dengar seperti Napier Taiwan, India, Dwarf (pandan), Zanzibar (Susu) dan lain-lain. Walaubagaimana pun, bagi yang baru menceburi bidang penternakan pastinya agak blur dalam kaedah penanaman rumput terutama rumput napier. Bagi yang berskala besar pula biasanya mempunyai masalah ketika menuai rumput disebabkan benih mati ketika dituai menggunakan jentera. Justeru itu, pengenalan tanaman rumput napier menggunakan kaedah perdu diperkenalkan. Berikut merupakan beberapa aspek atau panduan asas dalam penenaman rumput napier iaitu Napier Zanzibar secara perdu. 1. JARAK Jarak yang ideal di antara satu lubang dengan lubang 10 kaki x 10 kaki. Dengan jarak ini adalah akan memudahkan jentera ketika musim penuaian. Kebiasaanya satu ekar akan memperolehi sekitar 400 perdu. Namun ia turut bergantung pada bentuk muka bumi. 2. DIAMETER Diameter setiap perdu adalah 3 kaki persegi. I

Kambing Boer Pengganti Tongkat Ali?

Lelaki yang mengharapkan Tongkat Ali bagi memberikan `tenaga tambahan' kini boleh mencuba daging kambing Boer yang diternak di beberapa tempat di negara ini bagi mendapatkan tenaga yang sama. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, berkata keupayaan kambing jantan Boer mengawan dengan kira-kira 50 ekor kambing betina pada musim mengawan (kira-kira dua bulan) seharusnya menyebabkan dagingnya mampu menawarkan `khasiat' kepada mereka yang memakannya. Tambahan pula katanya, akar Tongkat Ali semakin pupus berikutan permintaan yang meningkat, sedangkan kambing Boer boleh membiak. "Saya tak faham kenapa ada di antara kita yang kata tak boleh makan kambing kerana takut pening kepala. Tapi, bila berada di Makkah, kita boleh hentam (makan) kambing setiap sehari selama sebulan." - Datuk Azhar Ibrahim "Ada juga orang kita yang sanggup beli biawak pasir (dhab) dari negara Arab, semata-mata bagi menambahkan tenaga. Saya fikir